Pelajar terbaik STPM maut

Pelajar terbaik STPM maut

KUALA ROMPIN – Bekas pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009 negeri Pahang maut dalam kemalangan selepas motosikal jenis Honda yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 156.5 Jalan Kuantan-Johor Bharu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nur Rusydiah Mohd Zahar (22) meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan dari Rompin menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa yang bertugas sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah itu.

“Mangsa dipercayai daripada rumahnya di Jalan Mempisang, Tanjung Gemok menuju ke sekolah, bagaimanapun mangsa secara tiba-tiba membuat pusingan U sebelum sebuah kereta Toyota Corolla dari arah belakang telah merempuhnya.

“Kemungkinan mangsa tidak menyedari terdapat sebuah kereta berada dibelakang semasa membuat pusingan U, kerana difahamkan jarak antara motosikal yang ditunggangi mangsa dengan kereta terbabit hanya lima meter sahaja,” katanya kepada wartawan.

Zainul Mujahidin berkata, kereta terbabit yang hilang kawalan terus merempuh mangsa hingga mengakibatkannya tercampak serta mengalami kecederaan parah selepas rempuhan kuat dalam kemalangan itu.

Menurutnya lagi, mangsa yang dikejarkan ke HTAA meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, patah kaki kanan dan kedua-dua bahu serta tangan.

Beliau berkata, mangsa yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak itu menjadi guru ganti di SMK Tanjung Gemok sejak dua bulan lalu kerana menggantikan seorang guru di sekolah itu yang sedang cuti bersalin.

“Mayat mangsa dihantar ke HTAA sebelum dibawa ke rumahnya di Tanjung Gemok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok untuk disemadikan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan – BERITA TERKINI @ forblogger.net.

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

Leave a Reply