Pelawak cemar majlis kahwin rakan: Baru-baru ini seorang pelawak yang suam-suam kuku telah dijemput ke satu majlis perkahwinan rakannya. Menurut satu sumber pelawak ini telah melakukan satu lawak serius ketika majlis itu.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan itu, pelawak ini tanpa segan-silu telah mencalitkan kek perahwinan ke muka pengantin kononnya sebagai tanda ucapan tahniah daripadanya.
Rasanya itu bukan lah majlis hari jadi yang sesuai untuk dibuatkan sebagai bahan jenaka tambahan lagi pihak pengantin telah membelanjakan ribuan ringgit untuk solekan dan pakej foto.
Boleh dibayangkan mesti hancur hati ibu pengantin apabila melihat aturcara majlis perkahwinan anaknya telah dirosakkan oleh pelawak tersebut. Mungkin pelawak itu tidak memikirkan perasaan orang lain bila majlis tersebut yang cukup bererti telah dirosakkan oleh dia.
Kelakuan-kelakuan tidak sopan sebegini tidak sesuai dilakukan di sebuah majlis perkahwinan orang. Diharapkan pelawak itu dapat membezakan antara masa untuk berjenaka dan masa untuk serius selepas ini. Jika mahu membuat lawak jenaka sekalipun biarlah bertempat.- Info Artis @ forblogger.net


{ 1 trackback }