Pelik-Perkahwinan Cacing Tanah di Taiwan

by Harian Malaya on 18 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Pelik-Perkahwinan Cacing Tanah di Taiwan : Sejumlah 70 ekor cacing tanah dikahwinkan di selatan Taiwan pada satu majlis perkahwinan besar-besaran dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam.

Pelik-Perkahwinan Cacing Tanah di Taiwan

Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.

Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.

“Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan, Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal,” kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.

Dijangka kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah.

Hakisan tanah yang telah menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.

Info Riadah @ forblogger

5.0

Previous post:

Next post: