Pemimpin Diugut Bunuh Di Facebook

by MediaKini on 1 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Pemimpin Diugut Bunuh Di Facebook: Satu ugutan untuk membunuh pemimpin negara dikesan pihak berkuasa di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom, ketika mendedahkan perkara itu, memberitahu pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini bagi mengesan mereka yang cuba mencetuskan suasana takut dan bahaya itu.

“Ini bukan bahan gurauan atau jenaka, sebaliknya ugutan terhadap pemimpin nombor satu negara yang mendatangkan kemarahan seluruh rakyat. Kami turut mengesan tindakan individu sama memaparkan gambar bendera yang digelar Republik Malaysia, kononnya bakal menggantikan Jalur Gemilang.

“Perbuatan ini tindakan orang yang tidak mempunyai akal serta tidak tahu mengenai perjuangan,”

Laporan mengenai perkara sama juga sudahpun diserahkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan telah menerima laporan dibuat PVTM, petang semalam dan akan menjalankan siasatan mengikut Akta Jenayah Siber dan Multimedia. - Pemimpin Diugut Bunuh Di Facebook

5.0

Previous post:

Next post: