Pentas bergerak BN disimbah cat

by Black Hat on 7 September, 2012

in Info Politik

Share:

Pentas bergerak BN disimbah cat

GEORGETOWN – Pemuda Barisan Nasional (BN) telah membuat laporan polis berhubung trak pentas bergerak mereka yang disimbah cat merah awal pagi tadi.

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong Tong Keong berkata, kejadian tersebut disedari pemandu trak berkenaan setelah tiba di pekarangan Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang bagi mengambil trak berkenaan untuk dibawa ke Taman Manggis.

“Pemandu kita menyedari ketika dia datang untuk ambil trak yang diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat Gerakan kira-kira pada jam 7 pagi tadi.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, kita menjumpai tin cat bersaiz kecil berserta beg plastik yang dibuang di tepi pagar bangunan Gerakan. Kita tidak mengesyaki mana-mana pihak namun membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya kepada pemberita.

Julai lalu, BN Pulau Pinang telah melancarkan pentas bergerak susulan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menggunakan padang serta dewan komuniti di seluruh negeri ini.

Ia dilaksanakan di bawah program ‘Semboyan Dibunyikan’ yang mana sebelum itu BN telah melancarkan kempen risalah penerangan kepada rakyat.

-POLITIK @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: