Penunjuk Perasaan Lontar Bom Kedutaan Amerika

by Harian Malaya on 18 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Penunjuk Perasaan Lontar Bom Kedutaan Amerika : Para penunjuk perasaan di Jakarta melontar bom petrol dan bertempur dengan polis Indonesia di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) semalam selepas tunjuk perasaan membantah sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW bertukar menjadi ganas.

Penunjuk Perasaan Lontar Bom Kedutaan Amerika

Beratus-ratus penunjuk perasaan di Indonesia berdemo pada Jumaat dan Sabtu lalu kerana membantah filem bajet rendah, Innocence of Muslims yang menghina agama Islam tetapi bantahan tersebut berlangsung secara aman.

Demonstrasi yang diadakan semalam akhirnya bertukar ganas apabila sejumlah penunjuk perasaan melontar bom petrol dan melaungkan slogan anti-AS.

Polis pencegah rusuhan bertindak balas dengan menembak meriam air dan melepaskan tembakan amaran ke udara dalam usaha menyuraikan sekitar 700 penunjuk perasaan.

Anggota-anggota polis turut dilihat menendang dan menyeret beberapa penunjuk perasaan ketika asap hitam daripada bom-bom petrol itu menyelubungi udara.

Seorang anggota polis yang cedera di muka dibawa meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki ambulans.

“Amerika, Amerika pergi jahanam!” laung beberapa penunjuk perasaan dengan sebahagian mereka membawa sepanduk yang menyatakan, “hapuskan Amerika” dan “penggal kepala mereka yang menghina Islam”.

Sebelum ini, seorang lelaki yang dikatakan penulis skrip filem itu, Nakoula Basseley Nakoula mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu disiarkan di laman YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Pada minggu lalu, agensi berita melaporkan filem itu dihasilkan oleh sebuah kumpulan agama Kristian di AS yang dikenali sebagai Media for Christ.

Filem bajet rendah itu yang mana para pelakonnya bertutur dengan menggunakan loghat AS menampilkan orang Islam sebagai tidak bermoral dan ganas.

Beberapa hari lalu, gambar pengarah filem itu telah dikeluarkan dan disebar di internet.

Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: