Perompak Larikan Mesin ATM RM150,000

by MediaKini on 15 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Perompak Larikan Mesin ATM RM150,000: Sekumpulan perompak dengan bermodalkan tukul besi dan cat hitam telah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bersama wang tunai RM150,000 di sebuah bank di Seremban 2 semalam.

Menurut sumber berita, sekumpulan perompak bertindak menggunakan tukul besi bagi memecahkan satu daripada cermin bank berkenaan untuk mengeluarkan mesin ATM itu. Kejadian tersebut berlaku diantara jam 3.15 dan 4 pagi itu semalam.

Suspek dipercayai telah menggunakan kenderaan besar untuk menarik keluar mesin ATM itu sebelum dilarikan. Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, mesin ATM itu ditemui di Jalan Labu berhampiran sebuah ladang sebelum pengurus ladang itu menghubungi pengurus bank yang memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, sepasukan anggota polis dikerah ke ladang itu sejurus menerima maklumat.

“Penjenayah terbabit dipercayai terlebih dulu mematikan alat penggera sebelum menuju ke premis berkenaan yang menempatkan sembilan mesin ATM dan deposit tunai.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai lebih daripada tiga orang dengan masing-masing menutup muka bertindak menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) sebelum memotong mesin ATM.

“Malah, ketika memasuki premis itu, penggera turut berbunyi, namun sempat dimatikan perompak sebelum sampai ke syarikat sekuriti,”

“Beberapa CCTV di premis disembur cat hitam dipercayai bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.

“Kejadian itu disedari orang awam yang mahu mengeluarkan wang pada jam 6.50 pagi sebelum melaporkan kepada polis,”

Menurut sumber lagi, ketika kejadian, premis itu tidak dikawal sekuriti berikutan pengawal keselamatan hanya bekerja setakat jam 5 petang. “Kami sedang mengenal pasti modus operandi suspek ketika melakukan jenayah itu dengan meneliti semula kes serupa di tempat lain berikutan,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Perompak Larikan Mesin ATM RM150,000

5.0

Previous post:

Next post: