Peter Butler Didenda RM4 000, Gantung Selama Enam Bulan

by MediaKini on 18 September, 2012

in Info Sukan

Share:

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Ahmad Shukri Zakaria berkata hukuman yang dikenakan kepada Peter Butler itu adalah disebabkan kesalahan beliau mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku 2 pemain Terengganu yang dikatakan membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa melaporkan kepada pihak pengurusan.

Beliau berkata pemain Terangganu, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, telah mengaku keluar dan balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu bagi menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.

“Mesyuarat mengambil keputusan bagi memberi amaran keras terhadap kedua-dua pemain terbabit, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang,”

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh bersama Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

“Bagi kesalahan ke-2, beliau telah bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee, dan Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok bagi sebulan.

“Butler melakukan kesalahan tersebut di tepi padang di hadapan penonton sewaktu perlawanan di antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu,”

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee juga diberi amaran keras di samping denda RM1,000 atas tindakan membaling botol ke arah Butler dalam insiden tersebut.

Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa telah menyiku serta menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa tersebut memutuskan bagi memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.

Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat pada November tahun depan.

“Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi jurulatih serta pemain untuk menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit pada tahun depan,”

 - Info Sukan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: