Polis kesan individu ‘kencingkan’ gambar pemimpin pembangkang

by Black Hat on 11 September, 2012

in Info Politik

Share:

Polis kesan individu 'kencingkan' gambar pemimpin pembangkang

KUALA TERENGGANU: Pihak polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin pakatan pembangkang yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu, Superintendan Luqman Abdul Rahman, berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan yang dibuat di Balai Polis Kerteh, Kemaman pada Sabtu lalu.

“Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki sedang melakukan perbuatan menghina pemimpin pembangkang antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin berkenaan. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang,”

katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata, setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek didalam gambar tersebut.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat yang lebih jelas. – INFO POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: