Polis siar gambar himpunan Janji Bersih orang ramai diminta bantu siasatan

by Black Hat on 3 September, 2012

in Info Politik

Share:

Polis siar gambar himpunan Janji Bersih orang ramai diminta bantu siasatan 1

KUALA LUMPUR- Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos yang lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil ke hadapan dan  menyalurkan maklumat kepada polis.

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Talian Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344,” ujar Datuk Ku.

Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan tersebut dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera ‘baharu’ sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai

-POLITIK @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: