Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Hina Islam di Facebook

by Harian Malaya on 27 September, 2012

in Info Terkini

Share:

KLANG – Pihak polis, semalam telah menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan komen yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Hina Islam di Facebook

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

“Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang telah membuat laporan polis berhubung komen tersebut.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Dalam pada itu, satu serangan tidak bertanggungjawab telah dilakukan ke atas sebuah rumah di Klang yang dipercayai rumah suspek.

Info Terkini @ forblogger.net

 

5.0

Previous post:

Next post: