‘PR angkat bendera putih’

by Black Hat on 23 September, 2012

in Info Politik

Share:
'PR angkat bendera putih' Suhaila M Zin dalam satu temubual baru-baru ini — FOTO Media Umno

SHAH ALAM – Cabaran PKR yang meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan siapakah bakal Menteri Besar Selangor jika BN menang, memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak menurut Ketua Puteri Umno, Suhaila M Zin.

Suhaila M zin berkata, ini kerana, tindakan Zuraida Kamaruddin (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) memohon pendedahan itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda rasa akan kalah’ itu, kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.

“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB Zuraida yang memohon TPM mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN sekiranya menang di negeri Selangor. Mereka (PR) sudah measakan tanda-tanda akan kalah ke? Kenapa hendak tahu MB dari kalangan pemimpin BN akan datang?

“Pada pendapat saya, PKR akan memang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang dapat rasakan simptom itu malah ingin tahu siapa bakal MB Selangor daripada BN kelak,”

katanya kepada wartawan disini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dipohon oleh Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Selangor.

Suhaila turut mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada masa depan rakyat dahulu, sekaligus menjadi kelebihan memenangi PRU13.

“Itu bukan keutamaan kita, malah kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Sebaliknya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB nanti untuk menerajui arus kehidupan rakyat Selangor.

“Sesiapa pun pemimpin BN boleh menerajui negeri Selangor jika kita (BN) menang PRU13 nanti, pastinya kriteria utama adalah punyai wawasan”

katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi.

“Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah lebih baik serta melipatkan gandakan lagi kemajuan dan menjaga Selangor sebagaimana ketika negeri itu dibawah BN dahulu,”

katanya.

Info Politik @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: