Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berikutan tulisannya yang didakwa mempunyai unsur-unsur fitnah.
Menurut laporan wartawan, saman itu telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama serta akhbar Sinar Harian sebagai defendan ke-2.
Ahmad Samsuri memberitahu pemberita bahawa sebelum itu pihaknya telah meminta Mashitah serta Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian.
“Maka kita ambil tindakan samanlah,”


{ 1 trackback }