Pro-Mahasiswa Mahu Heret UM ke Mahkamah

by MediaKini on 28 September, 2012

in Info Politik

Share:

Kumpulan Pro-Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) berhasrat ingin mengheret isu pilihan raya kampus ke mahkamah jika gagal mendapat maklum balas positif berkaitan aduan penglibatan calon yang tidak layak.

Pemangku Pro-Mahasiswa UM, Syis Abdul Kadir hari ini telah mendakwa, calon lawan mereka bukan sahaja tidak memenuhi syarat, bahkan menang dalam pemilihan untuk membentuk Majlis Pimpinan Mahasiswa (MPP) yang berlangsung Selasa lalu.

Kumpulan anti kemapanan tersebut juga telah mendesak naib canselor bagi membatalkan kemenangan calon daripada kumpulan lawan tradisi mereka Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) yang tebabit.

Menurut Syis, Seksyen 52(4) Perlembagaan UM serta Peraturan 13(1)(d) Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bermaksud mahasiswa tahun akhir tidak layak bagi bertanding.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan,Pro-Mahasiswa menang 20 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperoleh 19 kerusi sementara bebas hanya 2 kerusi.

Tiada pemenang mutlak buat masa kini ekoran daripada pemilihan 2 fakulti yang diadakan semula ekoran keputusan seri sebelum ini. – Info Politik @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: