Program Mesra Rakyat Perlis dapat sambutan menggalakkan

by Black Hat on 8 September, 2012

in Info Politik

Share:

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu

KANGAR – Program Mesra Rakyat peringkat negeri Perlis yang berlangsung di Dewan 1 Malaysia Simpang Empat dekat sini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 3,000 orang tetamu menghadirinya.

Program yang diterajui oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) antara lain adalah bertujuan untuk  merapatkan hubungan pelbagai pihak termasuk pemimpin, masyarakat dan jabatan serta agensi kerajaan pada suasana Aidil Fitri.

Pengarah Kemas Perlis, Faisal Long berkata, jamuan hari raya yang turut disertai oleh 16 jabatan dan agensi kerajaan itu menjadi acara utama pada majlis tersebut.

Lebih 300 anggota Kemas seluruh Perlis turut membantu dalam menjayakan program yang dihadiri kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Umno bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang.

Dalam ucapannya, Md Isa gembira dengan sambutan pemimpin, orang ramai dan jabatan serta agensi pada program itu yang jelas membuktikan semangat perpaduan begitu kental di kalangan pelbagai pihak di negeri tersebut.

Beliau berharap semangat perpaduan yang sedia wujud itu dipertahankan kerana melalui perpaduan dan kebijaksanaan kepimpinan negara ia akan menjamin kemakmuran negara yang berterusan ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, Shahidan yang turut berucap di majlis itu dan berharap semua pihak dapat berganding bahu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui negara ini.

-POLITIK @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: