PRU13 Berkemungkin November Kata PM

by MediaKini on 3 September, 2012

in Info Politik, Info Terkini

Share:

PRU13 Berkemungkin November Kata PM: Angka sebelas kini telah menjadi nombor yang sedang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan akan diadakan pada November depan.

Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubung kait bagi beberapa sambutan serta perayaan besar dalam negara.

Menurut Najib Umno berusia 66 tahun pada tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.

Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan sebelas jika didarabkan.

“6 darab 11 bersamaan 66, 5 darab 11 bersamaan dengan 55 dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka sebelas muncul selepas dalam semua perkara ini , ia adalah unik dan baik,” kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November bagi mengadakan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian bersama 5 bahagian Umno Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Libaran di sini pada Ahad. - PRU13 Berkemungkin November Kata PM

5.0

Previous post:

Next post: