Psy Tunai Impian Britney Spears Menari “Gangnam Style” : Siapa sangka, Ratu Pop Hollywood, Britney Spears juga pernah melahirkan hasrat untuk belajar menari bersama bintang K-Pop yang baru saja mencetuskan fenomena baru, Psy.
Kenyataannya menerusi laman twitter peribadi yang disiarkan pada 29 Ogos lalu, Britney menyatakan bahawa ingin menari seperti Psy dalam muzik video terbarunya nanti.
Melalui pertemuan itu, Psy tidak lokek mengajar Britney menari tarian Gangnam Style di hadapan penonton rancangan itu sendiri. Selain bertemu Psy, Britney yang dijemput bersama Simon Cowell dalam program ini adalah untuk membicarakan tentang kembalinya program nyanyian popular American Idol.
Disebabkan minat, dia telah mencari individu yang boleh mengajarnya koreografi tarian persis gerak tari Psy menerusi lagu Gangnam Style. Hasrat Britney termakbul setelah dia dipertemukan oleh Ellen dalam program The Ellen Show dengan Psy pada 10 September lepas.
Wajah Britney ternyata terkejut dan tidak berhenti melahirkan senyum lebar takkala Ellen memanggil Psy muncul. Difahamkan, Britney merupakan salah seorang wanita yang telah mendaftarkan diri sebagai wanita yang menyukai Psy.
Dalam erti kata lain, menjadi seorang peminat fanatik Psy.


{ 2 trackbacks }