Putera Andrew Buat Aksi Lagak Ngeri

by Harian Malaya on 4 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Putera Andrew Buat Aksi Lagak Ngeri : Putera Andrew memang seorang putera Diraja British yang bersemangat waja. Terbaru beliau berani melakukan aksi lagak ngeri dengan terjun dari sebuah bangunan yang tertinggi di Eropah.

Putera Andrew Buat Aksi Lagak Ngeri

LONDON – Seorang anak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turun dengan menggunakan tali pada ketinggian 239 meter (m) dari bangunan tertinggi di Eropah di sini bagi mengumpulkan wang untuk tujuan amal.

Aksi Lagak Ngeri Putera Andrew

Anak ratu itu, Putera Andrew mengambil masa 30 minit untuk melakukan aksi lagak ngeri tersebut yang bermula dari tingkat 89 dan berakhir di tingkat 20 bangunan The Shard.

Selepas menuruni bangunan itu beliau memberitahu: “Saya tidak akan melakukannya lagi.” Bangunan itu yang setinggi 310m dibina dengan kos sebanyak £450 juta (RM2.2 bilion).

Perbandingan "The Shard" dengan Bangunan Tertinggi Di Dunia

Beliau yang juga bekas pegawai tentera memperoleh sumbangan £290,000 (RM1.43 juta) dalam bentuk penajaan hasil daripada aktiviti tersebut yang turut disertai pendaki terkenal, Chris Bonington. – Agensi

Berita Terkini @ forblogger 

5.0

Previous post:

Next post: