KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat hari ini meninggal dunia akibat komplikasi setelah pembedahan pintasan jantung di IJN pada kira-kira jam 10.34 pagi tadi.
Abdul Ghani yang terkenal dengan gelaran Raja Bola Sepak meninggal dunia pada usia 77 tahun. Allahyarham telah dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan.
Antara pencapaian Antarabangsa Abdul Ghani ialah juara Pesta bola Merdeka 1958, 1959, 1960 dengan memenangi pingat emas Sukan SEAP, 1961; pingat gangsa Sukan Asia 1962; tempat ke-2 Kejohanan Kelab Asia 1967 serta juara Piala Malaysia sebanyak lapan kali. – Info Terkini @ forblogger.net

