Remaja Kejar Penyamun Ditembak Lima Kali: Seorang pemuda berusia 18 tahun nyaris maut setelah ditembak 5 das ketika sedang mengejar 2 penyamun yang merompaknya dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa tidak cedera sebaliknya cermin keretanya terkena satu daripada tembakan yang dilepaskan seorang daripada suspek.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai tempat mangsa bekerja di Pandan Perdana dimasuki 2 lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan pistol.
“Dua suspek tersebut mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit serta wang tunai. Sebaik memperoleh barangan berkenaan, suspek melarikan diri menggunakan Proton Gen.2 merah yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.
Sumber berkata, mangsa merempuh kereta yang dinaiki 2 suspek itu dari belakang ketika berada di MRR2 berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana.
“Seorang daripada suspek melepaskan 5 das tembakan menyebabkan mangsa menghentikan kenderaannya manakala suspek meloloskan diri.
“Satu daripada tembakan mengenai cermin hadapan kereta mangsa,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. - Remaja Kejar Penyamun Ditembak Lima Kali


{ 1 trackback }