Rumah Pegawai Kastam Dibom, Seorang Pegawai Maut

by Harian Malaya on 13 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Rumah Pegawai Kastam Dibom, Seorang Pegawai Maut : Ekoran rumah pegawai kastam dibom, seorang pegawai kastam maut akibat serangan jantung.

Rumah Pegawai Kastam Dibom, Seorang Pegawai Maut

Dua buah rumah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor di bandar raya ini dibaling bom petrol secara serentak awal pagi semalam, mengakibatkan Penolong Pengarah KDRM Johor, Ahmad Hassan, 54, meninggal dunia selepas mengalami sakit jantung akibat satu daripada serangan itu.

Dua kejadian itu berlaku di dua rumah pegawai KDRM Johor di Taman Pelangi, di sini, dan Pulai Perdana, Nusajaya, pada kira-kira jam 4 pagi dan kedua-duanya dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama.

Dalam kejadian tersebut, sebuah Proton Savvy milik seorang pegawai kastam musnah terbakar manakala mangsa pula dikatakan sempat mengeluarkan keretanya sebelum dilihat tiba-tiba terbaring tidak sedarkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, Ahmad yang tinggal berjiran dengan pegawai KDRM yang menjadi sasaran serangan di Taman Pelangi, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

 Info Terkini @ forblogger

5.0

Previous post:

Next post: