‘Sang Saka Malaya’ bukan bendera asal Tanah Melayu

by Black Hat on 4 September, 2012

in Info Politik

Share:
'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguna pakai dari 1896 hingga 1950 Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950 Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu

SHAH ALAM – Kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang dan mendakwa kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Malah bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai golongan pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam,Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM),  berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurutnya Prof Datuk Dr Ramlah lagi, bendera yang berwarna merah putih dan dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

“Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan KMM ini adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

“Walau bagaimanapun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itulah majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya lagi.

Selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun majoriti rakyat Tanah Melayu menolak perjuangan mereka, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Semalam pihak forblogger ada melaporkan mengenai kenyataan dari pihak yang mengibarkan Sang Saka Malaya di pautan link ‘Isu bendera:Mengaku tidak wakili parti’

Sementara itu,  Prof Datuk Dr Zainal Kling ,Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi. Walaupun begitu ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan yang mengatakan bahawa bendera itu sebagai bendera asal Tanah Melayu adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada. Jadi mereka inilah yang cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar  sejarah kononnya itu adalah bendera asal Tanah Melayu,” katanya.

- Politik @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: