Abu (dalam bulatan) antara 39 yang ditahan di kawasan belukar Kampung Baru, Lesong.
POKOK SENA: Seorang bapa sanggup membawa anak keempatnya bersama semata-mata mahu melepaskan gian di kawasan belukar di Kampung Baru, Lesong.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abu,34, memberi alasan tidak ada orang yang mahu mengasuh anaknya itu di rumah menyebabkan dia terpaksa membawa anak lelaki berusia empat tahun itu.
Menurutnya lagi, dia memperoleh pendapatan dengan bekerja sendiri manakala isterinya pula bertugas sebagai guru agama.
Dia turut memberitahu bahawa sering ke kawasan itu untuk mendapatkan bekalan yang dijual dengan harga sekitar RM10 ke RM50 bergantung kepada saiz penyedut minuman sejak mula mengambil dadah kira-kira dua tahun lalu.
“Harga yang ditawarkan di sini lebih murah berbanding tempat lain.Harga yang dijual berdasarkan saiz. Kalau RM50 saiznya lebih kurang pemetik api.”
“Biasanya saya beli benda ini menggunakan pendapatan yang saya peroleh daripada hasil menoreh getah,”
katanya ketika ditemui sewaktu ditahan bersama 39 penagih lain, kelmarin.
Difahamkan, penagih yang ditahan menggunakan motosikal masing-masing memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan sawah itu kira-kira jam 7 pagi.
Abu memberitahu dia tidak boleh membuang tabiat mengambil dadah itu walaupun baru sahaja keluar daripada wad tiga hari lalu kerana menghidap penyakit lelah.
Menurutnya dia masih meneruskan perbuatan itu dengan mendapatkan bekalan dari kawasan sekitar walaupun sering ditegur oleh isterinya.
“Isteri saya tahu saya ambil dadah, tetapi dia pun sudah letih untuk menasihatkan saya kerana saya tidak hirau tegurannya.”
“Lagipun saya beli dadah guna wang saya sendiri. Saya tidak pernah minta wang dengan isteri untuk membeli dadah,”
katanya.
Sementara itu, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan,Ketua Polis Daerah Kota Setar berkata, kesemua 39 penagih yang ditahan di kawasan yang dikenali dengan ‘port ayam’ kelmarin ditahan reman selama 12 hari.- Info Terkini @ forblogger.net

{ 1 trackback }