Semakan Keputusan MUET 2012

by MediaKini on 15 September, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Semakan Keputusan MUET 2012: Semakan Keputusan MUET bagi sesi Julai 2012 akan diumumkan pada 20 September bersamaan Khamis seperti yang dinyatakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon boleh mendapatkan keputusan mereka melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

 

Cara-Cara Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2012

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888

atau melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut,

Rayuan Keputusan MUET 2012

Tarikh tutup rayuan bagi menyemak Semula Keputusan MUET ialah pada 27 September dengan disertakan bayaran RM70 manakala tarikh tutup pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November ialah pada 26 September. - Semakan Keputusan MUET 2012

5.0

Previous post:

Next post: