Sempat beri ceramah kepada perompak

by Black Hat on 10 September, 2012

in Info Terkini

Share:
Sempat beri ceramah kepada perompak GAMBAR HIASAN : imbasan suasana rumah Wardinah yang dirompak suatu ketika dahulu.

PASIR PUTEH: “Saya sempat memberikan ceramah agama kepada perompak itu meskipun ditendang berkali-kali di perut,” kata wanita warga emas menceritakan detik cemas kejadian rompakan di rumahnya di Kampung Kolam, di sini semalam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Huniazah Mohd Noor (68) turut diikat tangan dan kaki, manakala mulutnya disumbat dengan kain serta dibiar selama dua jam di belakang rumahnya.

Menurut mangsa, sebelum kejadian, dia sedang membersihkan kawasan rumahnya sebelum ke bahagian belakang rumah untuk mengambil cangkul.

“Secara tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an datang meminta air selepas kononnya kepenatan dikejar polis, sebelum mengikat saya.

“Setelah saya diikat dan ditendang berkali-kali, perompak kemudian naik ke rumah serta melarikan sebuah kereta Wira dan beg tangan yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai saya berjumlah RM700,” katan warga emas itu, yang kerugian RM20,000 dalam kejadian tersebut.

Menurut Huniazah lagi, dia cuba menyedarkan perompak itu dengan ceramah agama tapi tidak diendahkan, malah ditendang.

“Setelah yakin perompak sudah tiada, saya mengensot perlahan-lahan ke kawasan depan rumah untuk mendapatkan pertolongan,” katanya yang terpaksa menunggu lebih kuang dua jam sebelum diselamatkan suaminya, Yunus Abdul Rahman (70) yang pulang dari kebun berhampiran rumah.

Selain kereta dan beg tangan, katanya, perompak sempat merentap rantai leher dan seutas gelang yang dipakainya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian rompak berkenaan.

Menurutnya, pihak polis telah menemui kereta mangsa ditemui di sebuah masjid di Kampung Serendah, Kadok dan kejadian masih dalam siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta hadir ke Balai Polis Pasir Puteh bagi membantu siasatan,  BERITA TERKINI @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: