Shila Amzah Digelar Superstar Pada Pertandingan Asian Wave

 

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan di nyanyikannya itu.

Lebih teruja lagi,apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

- Info Artis @ forblogger.net

 

Leave a Reply