SHANGHAI - Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau lebih di kenali sebagai Shila Amzah, 22, pada malam tadi telah berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam.
Dengan kejayaan tersebut, Shila telah berjaya menewaskan lima finalis lain daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia serta India.
Berita gembira tersebut telah disahkan sendiri oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya.
Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:
Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting Lets trending #TahniahShilaAmzah
Selain itu dalam twitter Shila Amzah juga tidak putus-putus dengan ucapan Tahniah yang diberikan oleh peminat di Malaysia.
Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) serta sebuah lagu Forever Love ( Lee Hom) . – Info Artis @ forblogger.net



{ 7 trackbacks }