Kuala Lumpur – Malam esok, Khamis, ada ura-ura yang media tempatan telah dijemput ke majlis santai di kediaman Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Dengar-dengarnya pihak media pun masih lagi berteka teki tentang jemputan tersebut. Jadi timbul beberapa persoalan dan juga spekulasi di atas jemputan ini. Antara spekulasi yang pihak media sedang fikirkan…
Kes anak Datuk K jumpa Rozita
Beberapa hari lepas, ada berita mengenai isu anak Datuk K jumpa Rozita Che Wan, mungkinkah sebab isu ni? Tapi, rasanya ini cuma isu kecil yang terpencil sahaja. Pasti ada sesuatu yang besar dan lebih dari itu.
Siti Nurhaliza mengandung?
Adakah Siti ingin mengumumkan yang dia sudah berbadan dua? Maklum sajalah itulah berita yang sangat dinantikan oleh rakan-rakan media dan semua peminat.
Siapa nak tahu, mungkin rezeki Siti untuk menimang anak dimakbulkan Tuhan dan demi untuk berlaku adil kepada semua pihak, Siti mahu mengumumkannya sendiri pada satu majlis khas seperti mana esok.
Siti Dan Datuk K bakal terima menantu?
Atau mungkin satu lagi sebab kerana semalam terdengar khabar gembira mengatakan keluarga Siti dan Datuk K sedang membuat persiapan bagi menyambut menantu tidak lama lagi!
Dari beberapa sumber yang rapat dengan keluarga mereka memberitahu, anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi, 25, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak seorang VVIP pada Disember nanti di Kuala Lumpur.
Dikhabarkan, Anas mengenali gadis yang bijak dan cantik itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu. Sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.
Dengar kata juga, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tentunya ia akan dihadiri ramai wakil kenamaan negara termasuk juga menteri kabinet.
Apa pun pihak media pasti mempunyai jawapan terhadap persoalan mereka itu apabila sampai masanya nanti.


{ 3 trackbacks }