KUALA LUMPUR – Penyanyi, Dato Siti Nurhaliza Taruddin hari ini telah menjelaskan tindakan anak tirinya, Ashraf yang berjumpa dengan Rozita Che Wan dan bertanyakan soalan apakah benar pelakon seksi itu bakal mengahwini bapanya, bukanlah sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya ia hanyalah satu gurauan.
“Saya serta suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita tersebut. Dan saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri berhubung perkara tersebut dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.
“Biasalah budak-budak memang suka nak bergurau. Jadi saya tidak ambil kisah serta tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius,”
Menurut laporan sebuah media sebelum itu, Rozita Che Wan ada memberitahu dia telah disapa oleh seorang anak Dato Khalid ataupun Dato K yang bertanyakan sendiri adakah benar pelakon jelita itu akan mengahwini bapanya.
Namun, Siti Nurhaliza telah memberitahu perkara itu tidaklah perlu diperbesar-besarkan.
“Saya rasa perkara sebegitu tidak perlu pun hendak diperbesar-besarkan kerana ianya hanya sekadar gurauan sahaja,”
Ashraf yang merupakan anak ke-3 hasil perkahwinan Dato K bersama bekas isterinya sebelum itu.
Dalam majlis makan malam di kediamannya, Siti Nurhaliza serta suaminya telah menjemput lebih 50 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media serta pereka fesyen serta juru solek yang selama ini pernah bekerjasama dengannya. – Info Artis @ forblogger.net


{ 1 trackback }