Status Anak Jalanan, Tetapi Berjaya Terima Anugerah

by Harian Malaya on 21 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Status Anak Jalanan, Tetapi Berjaya Terima Anugerah : Walaupun diri dia adalah seorang anak jalanan, tetapi apa yang dia lakukannya sangat besar jasanya kepada masyarakat, akhirnya beliau menjadi contoh tauladan dan berjaya terima anugerah Hadiah Kanak-Kanak Antarabangsa.

Tauladan - Status Anak Jalanan, Tetapi Berjaya Terima Anugerah

Kisah seorang remaja gelandangan yang hanya tinggal di kawasan pembuangan sampah dan tidur di atas kubur, memenangi anugerah berprestij atas usahanya memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang senasib dengannya.

Cris Valdez, 13, menerima Hadiah Kanak-Kanak Antarabangsa tahun ini dan membawa pulang wang tunai bernilai AS$130,000 (RM390,000) dalam satu majlis penuh gemilang, semalam di Filipina.

Valdez dipilih daripada tiga nama akhir atas usahanya kebajikannya melalui kempen ‘Memperkasa Komuniti Kanak-kanak’ yang berjaya mengumpul dana bagi disumbangkan kepada kanak-kanak yang memerlukan di Cavite City, kira-kira 30 kilometer di selatan Manila.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu yang menyampaikan hadiah tersebut menganggap usaha remaja itu sebagai sangat mengagumkan.

“Saya mahu menyampaikan pesanan kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia agar tidak berputus harap dan menitik beratkan soal kebersihan,” katanya.

Melalui kerja amal yang dilakukan, Valdez telah menghulurkan lebih 5,000 hadiah kepada kanak-kanak melarat seperti barangan keperluan harian termasuk selipar, peralatan permainan, gula-gula dan pakaian.

Yayasan Hak Kanak-kanak yang menguruskan pembahagian sumbangan tersebut berkata, secara keseluruhan, Valdez telah membantu kira-kira 10,000 kanak-kanak di kawasannya mengenai kebersihan, kesihatan dan juga hak mereka.

Sebanyak 246,000 kanak-kanak jalanan seperti Valdez, dikatakan menjadi mangsa dera, keganasan dan buruh bawah umur di Filipina, menurut yayasan itu lagi.

Valdez berhasrat menggunakan wang kemenangannya itu untuk menampung pengajian dalam merealisasikan impiannya bergelar seorang doktor.

Info Riadah @ forblogger

5.0

Previous post:

Next post: