Suami Belasah Isteri Mengandung :Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman tersebut dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung 2 bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik oleh suaminya yang berusia 20-an sehingga cedera teruk.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori serta pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.
Lebih mengejutkan, apabila Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.- Suami Belasah Isteri Mengandung

{ 3 trackbacks }