Syafie Naswip Sangka Lebam Rupanya Retak

by MediaKini on 27 September, 2012

in Info Artis

Share:

PETALING JAYA - Pelakon Syafie Naswip memberitahu bahawa siku pada tangan kirinya yang disangka sekadar kecederaan biasa rupa-rupanya disahkan doktor retak akibat hentakan pada akar pokok setelah ditendang kuat oleh seorang aktor remaja berkenaan.

Syafie, 20, berkata, doktor yang merawatnya memberitahu perkara tersebut setelah menjalani imbasan sinar X dilakukan baru-baru ini.

“Sebelum ini ia hanya bengkak serta lebam teruk sahaja tetapi setelah beberapa hari kesakitannya semakin bertambah. Apabila saya pergi ke hospital, doktor memberitahu, bahawa saya mengalami keretakan pada bahagian siku,”.

Bagaimanapun kata Syafie, doktor memaklumkan kecederaannya itu tidak kritikal dan hanya perlu dibalut serta diberikan ubat.

Syafie mengalami kecederaan itu sewaktu penggambaran telefilem “Neraka Abah” akibat ditendang kuat oleh seorang pelakon ketika penggambaran berlangsung.

Sementara itu, Syafie memberitahu pelakon remaja berkenaan masih belum memohon maaf kepadanya berhubung insiden tersebut dan dia mengambil pendekatan bagi tidak memanjangkan perkara tersebut.

Syafie berkata dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian serupa tidak berulang kembali kepadanya.

“Sehingga sekarang dia masih belum meminta maaf tetapi saya tidak kisah kerana tidak ingin membesar-besarkan perkara itu,”.

Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal.

Ia akan ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9. – Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: