Brad Pitt
Brad Pitt ucap tahniah pada Kareena dan Saif: Aktor Hollywood, Brad Pitt turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor yang sedang mendapat liputan seluruh dunia kerana akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Menurut laporan One India, Brad Pitt mengakui dia gembira dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu apabila mendapat tahu mengenai perkahwinan pasangan itu yang bakal berlangsung pada 16 Oktober depan.
“Saya gembira akhirnya mereka akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Semoga mereka hidup bahagia selamanya,”
kata Brad.
Apabila diminta memberi pendapatnya mengenai hubungan Saif dan kareena, Brad berkata, setiap pasangan akan melalui pengalaman yang berbeza dari pasangan yang lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak setelah mereka menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti.

