Tempat Menarik Di Selangor

 

Tempat Menarik Di Selangor

Tempat menarik di Selangor !! Malaysia sememangnya penuh dengan lokasi tarikan, demikian berikut senarai tewmpat menarik di Selangor.

Kawasan Pantai Bagan Lalang

Tempat Menarik Di Bagan Lalang Selangor

Selain daripada terkenal dengan restoran sajian Seafood yang terbukti sedap harga tidak terlalu high class, antaranya Restoran Ikan Bakar Senandung Malam dan Restoran Terapung, pantai di Bagan Lalang juga menjadi pilihan penduduk kota untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu.

Menarik di Pulau Ketam

Tempat Menarik Di Selangor
Pulau merupakan perkampungan nelayan yang berjaya menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.

Taman Tema Air Sunway Lagoon

Tempat Menarik Di Sunway Lagoon Selangor
Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air yang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana, sesuai untuk permainan pelbagai lapisan usia. Antara yang menariknya di dalam adalah, pelbagai jenis mainan, mini ombak buatan, kawasan seperti pantai (buatan). Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel bersebelahan.

Batu Caves Tarikan Pelancong

Tempat Menarik Di Selangor

Batu Caves erletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.

Mines Wonderland

Tempat Menarik Di Mines Wonderland Selangor
Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan lagi. Pada malam hari anda boleh menikmati susasa yang gemerlapan dan menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser. Kanak-kanak pasti menyukainya.

Menarik Di Zoo Negara

Tempat Menarik Di Zoo Negara

Merupakan zoo kebangsaan yang pertama di Malaysia, telah dibuka pada tahun 1963 hingga kini. Zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pelancong mahupun warga tempatan. Antra tarikan utama adalah hidupan liar yang masih hidup terdapat didalamnya, antaranya adalah, singa, harimau, harimau bintang, beruang, buaya, gajah, zirafah, urang utan, pelbagai jenis ular, haiwan-haiwan yang tiada didapati di Malaysia juga turut ada dan pelbagai lagi.

Menariknya iCity Shah Alam

Tempat Menarik Di iCity Shah Alam Selangor
iCity adalah sebuah lokasi yang mendapat jolokan bandar bercahaya bagi yang pernah mengunjunginya di Shah Alam. Menarik didalamnya adalah suasana yang ‘happening’ dengan penuh gemerlapan di setiap sudut. Didalamnya terdapat deretan kedai yang juga bercahaya, Snow Walk (sangat sejuk), kawasan landskap yang penuh hiasan atas konsep cahaya, kanak-kanak yang berkunjung pasti terpesona.

Tempat menarik di Selangor lainnya

Ada terdapat banyak lagi tempat menarik di Selangor lainnya yang mungkin kami tidak sertakan, sehubungan itu para pembaca dialukan juga berkongsi pada ruangan komen dibawah tentang tempat menarik yang pernah anda kunjungi di Selangor.

Info Riadah @ forblogger.net

 

Leave a Reply