Terima Mesej Diugut Sebar Gambar Tak Berpakaian :“Serahkan RM60,000 atau gambar tak berpakaian awak akan disebarkan lebih banyak!,” begitu ugutan diterima seorang wanita setelah dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup dalam ketakutan.
Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar tidak berpakaian yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu.
“Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati dengan tindakan saya memutuskan hubungan setelah tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan 2 bulan lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Dia yang menemui jalan buntu mendapatkan khidmat nasihat pengerusi biro, Datuk Seri Micheal Chong sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Dalam kes berasingan, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Jenny, 30, menerima nasib sama apabila gambar beliau disebarkan menerusi facebook sejak April lalu.
Menurut Jenny, dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya berikutan sikap ganas suspek yang selalu memukulnya sejak menjalin hubungan intim tahun lalu.
Sebaik saja memutuskan hubungan, Jenny menerima SMS daripada suspek yang mengatakan dia akan menjadi ‘terkenal’ kerana meninggalkannya, bagaimanapun dia tidak mengendahkan ugutan tersebut sehinggalah dihubungi rakannya pada April lalu mengatakan bahawa terdapat akaun facebook yang menggunakan nama berserta beberapa gambar miliknya. - Terima Mesej Diugut Sebar Gambar Tak Berpakaian
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA
