The Rock Tewaskan Perompak

by Harian Malaya on 5 September, 2012

in Info Terkini

Share:

The Rock Tewaskan Perompak : Pelakon dan penggusti terkenal, The Rock dengan selamba berjaya menewaskan perompak ketika di lokasi penggambaran.

LONDON: Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The Fast And Furious 6.

The-Rock-Tewaskan-Perompak

The Rock, bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London.

“Ia memang agak lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya.

“Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut,” kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk.

“Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja,” kata sumber itu lagi.

Ekoran dari kejadian itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal keselamatan di lokasi.

Artikel lain, Mak Nyah Tuntut Hak.

Hiburan @ forblogger

 

5.0

Previous post:

Next post: