Tukar siaran televisyen, pemuda maut ditikam abang

by Black Hat on 6 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Tukar siaran televisyen, pemuda maut ditikam abang

KUALA TERENGGANU – Gara-gara perselisihan faham bertukar-tukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham itu.

“Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan bertindak menikam perut mangsa.

Sebelum itu, pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal,”

katanya ketika dihubungi wartawan hari ini.

Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Selepas pergelutan tersebut, suspek (abang) yang berusia 37 tahun terus melarikan diri.

Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badannya,”

katanya.

Manoharan berkata suspek terbabit berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi tadi di Kampung Telaga Papan, Kemaman.

Manoharan mengesahkan, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- BERITA TERKINI @ forblogger.

5.0

Previous post:

Next post: