Universiti Politeknik Bakal Diwujudkan Pada Tahun 2015

by MediaKini on 9 September, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Universiti Politeknik Bakal Diwujudkan Pada Tahun 2015 :Tiga politeknik premier dijangka akan dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Mohd Noor.


Beliau berkata politeknik tersebut ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta Politeknik Johor Bahru.

Program perintis ini telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.

“Saya harap ini akan memberi banyak peluang kepada pelajar-pelajar politeknik bagi terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri,” katanya pada sidang media setelah merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini hari Sabtu. - Universiti Politeknik Bakal Diwujudkan Pada Tahun 2015

5.0

Previous post:

Next post: