Untuk 3 Hari, Rashidi Tak Benarkan Vanidah Beri Komen : Vanidah mengaku Rashidi tidak benarkan beliau memberi apa-apa komen berkaitan “lafaz cerai” dalam filem Untuk 3 hari.
“Buat masa ini abang Shidi (Rashidi Ishak) tidak membenarkan saya membuat sebarang kenyataan mengenai hal ini. Dia sedang berjumpa dengan mereka yang arif dengan perkara ini, sorry ya,” petikan teks yang dihantar Vanidah kepada pihak wartwan.
Semalam Vanidah turut memberi satu kenyataan kepada pihak media berkenaan tidak jatuh talak. Namun, ketika dihubungi semula, aktres ini memohon maaf kerana buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Dalam pada itu, Rashidi turut berkata dalam twitter beliau berkaitan dengan penulisan dan laporan sama ada media, web, laman sosial atau blog.
Katanya,” Berhati-hati untuk membuat kenyataan, penulisan atau laporan, ianya adalah refleksi kepada tahap pemikiran dan intelek”.
Afdlin sebagai pengarah juga menyarankan agar penonton tonton dahulu filem tersebut sebelum memberikan pendapat.

