Wajah Wanita Islam Berusia 700 Tahun Masih Elok

by MediaKini on 21 September, 2012

in Info Riadah

Share:

Jiangsu, China -Menurut laporan, satu mumia wanita Islam telah ditemui di China ketika pekerja sedang membina jalan di bahagian timur China.

Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang menghairankan keadaan tubuh si mumia tersebut masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Pihak arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuantersebut baru meninggal beberapa tahun lalu. Mumia tersebut mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Menurut laporan, Mumiatersebut ditemui di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu di China.

Oleh kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? pengkaji  mempercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda telah menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.

Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.

Perkara ini telah mengingatkan kita terhadap tindakan Rasulullah Saw semasa mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota tersebut kepada Madinah al-Munawarah yang bermaksud ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho yang telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia yang ditemui tersebut seorang wanita muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. – Info Riadah@Forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: