
BENTONG – Hasrat sepasangan suami isteri bagi menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 9.5 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Ketika , Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang sedang sarat mengandung 8 bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta jenis Persona.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Wira yang dipandu anggota tentera, Mohd Romdan Ideris, 25, dari arah Bentong ke Raub telah dipercayai hilang kawalan dan kemudian terbabas ke kanan jalan.
Tambahnya, kereta Wira tersebut dipercayai telah berpusing sebelum bertembung dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu.
“Mohd Romdan yang memandu seorang diri, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, Norazila Amira pula disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Bentong bersama kandungannya.
“Jefri pula cedera parah dan kini telah menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,”
Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua mangsa itu telah dituntut keluarga masing-masing tengah hari semalam bagi tujuan pengebumikan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Info Terkini @ forblogger.net

{ 3 trackbacks }