Abby Abadi taknak kekal jadi penceramah, masih sayangkan lakonan

by Black Hat on 3 October, 2012

in Info Artis

Share:

Abby Abadi taknak kekal jadi penceramah, masih sayangkan lakonan

KUALA LUMPUR: Kisah dan cerita mengenai diri pelakon Gerak Khas, Abby Abadi seringkali berlegar di media semenjak beliau giat tampil dipentas politik dan lantang besuara di mikro sosial Twitter.

Malahan sejak Abby Abadi berhijrah diri dengan memakai hijab dan aktif menghadiri ceramah agama serta mengkritik kerajaan pusat, Abby pernah dicabar oleh rakan lakonannya, Datuk AC Mizal untuk berdebat mengenai kenyataan Abby berhubung polis dan ditempelak oleh rakan pelakon lain, antaranya Umie Aida.

Menerusi laman sesawang Buahmulut, Abby menzahirkan kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai hal peribadi dirinya.

Menurut pemegang watak Inspektor Aleza itu, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat dan seringkali berkerjasama dalam industri lakonan.

“Itulah, bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya. Baik tak payahlah, agama simpan je dalam hati, dia kata.

“Lepas tu kawan saya pula jawab ‘kalau macam tu ko sembahyang je lah dalam jamban’, ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir,”

kata Abby.

Dalam pada itu, Abby Abbadi menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan meluahkan hasrat teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.

Malahan, dia tidak mahu orang ramai meletakkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana Abby juga mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.

Abby turut mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan minatnya yang sebenar dan yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah.

“Janganlah labelkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih menyayangi dunia hiburan. Saya pun tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.

“Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dari lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah SWT. Cuma saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam,”

katanya lagi. – Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: