Aidil Zafuan Hantar Surat Permohonan Cerai Sekali Lagi



Kebelakangan ini, muncul desas desus mengenai Jue Aziz menjalinkan hubungan cinta dengan Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal. Kalau Aidil masih single, mungkin ramai yang merestuinya, tetapi atlet kacak ini masih bergelar suami kepada pelakon Rita Rudaini dan mempunyai dua anak dengan pelakon itu.

Aidil masih belum memberikan sebarang kenyataan berkenaan desas desus ini, tetapi Jue Aziz telah menafikannya. Menurut khabar angin, pelakon ini pernah dilihat menaiki kereta bersama Aidil dan Aidil juga dikatakan telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada Jue Aziz untuk memujuknya di sebuah pusat membeli belah terkemuka.
Laporan Sinar Harian hari ini memberitahu yang Aidil Zafuan telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita sekali lagi dan ini juga disahkan oleh Rita.
Rita bagaimanapun mengelak dari memberikan sebarang komen. Perkembangan terbaru ini seolah-olah mengiyakan desas desus percintaan dengan Jue Aziz, namun hanya mereka yang terbabit dan Tuhan mengetahui kebenarannya.
Diharap pihak terbabit dapat bersabar supaya isu ini dapat diselesaikan dengan aman. Mungkin juga bagi yang terlibat, ini ialah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka.  Kita sebagai orang luar hanya boleh memerhati (dan memberikan komen. LOL).

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top