Akibat Ketagih GAM, Gadis Ini Sanggup Gadai Maruah

by Harian Malaya on 31 October, 2012

in Info Riadah

Share:

KUANTAN – Bermodalkan satu tin gam yang berharga tidak sampai RM5, lelaki mana pun boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mencari seseorang yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Akibat Ketagih GAM, Gadis Ini Sanggup Gadai Maruah Alia ketika cuba berunding dengan pelanggan

Bukan hanya sekadar ringan-ringan, gadis remaja yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan aktiviti gadis tersebut yang agak popular, dia akhirnya digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya.

Agak mengejutkan apabila mendapati remaja itu bukanlah seorang yang selekeh seperti digambarkan, malah dia mempunyai wajah yang agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Menurut gadis itu yang hanya dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran serendah RM50 sudah memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.

Alia, ketika ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, dia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun wartawan yang menyamar difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ketika ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma mampu menggelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Menurut Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.

“Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan. Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi turut berkata, seandainya terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.-Info Riadah @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: