Berikutan laporan gosip yang mengatakan Saida bakal berkahwin dengan penerbit drama berstatus duda, para wartawan lantas menghubungi kakak kepada penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza untuk mendapatkan kepastian.
“Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali.
“Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu.”
Ketika ditanya apakah reaksinya saat diberitahu berkenaan berita tersebut, Saida menjawab;
“Tiada guna saya membaca cerita yang dikeluarkan, nanti buat sakit hati. Jadi saya abaikan sahaja. Saya percaya tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar saya sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin saya sedia untuk berkongsi.”
Saida dan bekas suami, Mohd Ghazali telah bernikah pada 14 Disember 1996 kemudiannya bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5.

