Amy Search Puji Budi Pekerti Johan As`ari

by MediaKini on 11 October, 2012

in Info Artis

Share:

Amy Search Puji Budi Pekerti Johan As`ari: Rocker legenda tanah air, Amy Search akui tidak tahu sejauh mana hubungan anaknya iaitu Nabila Hudadengan pelakon Johan As`ari sebelum ini.

“Saya pun tidak tahu dia orang ini bercinta ataupun tidak. Tapi yang saya tahu dia orang ni berkawan. Mungkin, dia orang pernah cuba bagi rapat, tapi tak jadi. Mana tahukan….

“Entahlah, saya pun tak tahu kalau masing-masing pernah saling menyukai antara satu sama lain ataupun tidak. Tetapi, Johan memang baik dengan saya keluarga. Malah, dia, saya dah anggap macam anak sendiri. Budi pekerti dia memang cukup tinggi,”

Amy berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung perpisahan Nabila Huda dengan Johan As`ari.

Menurut Amy Search, dia sebenarnya tidak kisah dengan siapa pun Nabila hendak berkawan, bercinta mahupun berkahwin pada suatu masa nanti.

“Tapi, kalau boleh biarlah dia berkawan dengan orang yang elok dan baik. Yang tidak senonoh itu, kalau boleh kita cuba elakkan,”

Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: