Ana Dahlia Curang, Chef Riz Bengang ! Satu lagi gossip bertebaran di laman-laman web mengatakan pelakon Ana Dahlia kononnya telah berlaku curang dengan suaminya, Chef Riz, perkara ini di beritakan telah mencetuskan konflik dalam rumahtangga mereka.
Menurut info laman hiburan tersebut, gosip ini mula diperkatakan ramai apabila Ana Dahlia didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.
Info dari wartawan Mstar Online, Wahi Aziz yang menemubual Ana Dahlia, dia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang itu satu kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan.
Menurut Ana, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari.
“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami. Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya.
Ana adalah isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, dan mereka sah bergelar suami isteri pada 11 Disember 2011.
Ketika ditanya mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan hidup masing-masing.
“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir. Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula.
Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?” soalnya.
Tambahnya lagi, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu kerana kebenaran sesuatu perkara hanya diketahui oleh Allah sahaja.
“Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang. Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.
Ditanya tentang aktiviti beliau yang lain, Ana berkata, sekarang ini dia sedang mengalami demam dan sakit tekak kerana kurang rehat ekoran komitmen pada penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Itu Bukan Milikku arahan Emi Suffian Sabhe yang pernah mengarahkan Vanila Coklat sebelum ini.
“Saya tidak sihat dan hilang suara sekarang. Mungkin kerana saya kurang rehat dan banyak menjerit untuk babak-babak saya diserang histeria dalam drama terbaru Cinta Itu Bukan Milikku.
“Penggambaran drama ini masih berlangsung sehingga hujung bulan hadapan. Insya-Allah ia akan ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 pada awal November nanti,” katanya.


{ 2 trackbacks }