Apa Faedah BR1M Sekiranya Dapat Saman AES? – DAP

Apa Faedah BR1M Sekiranya Dapat Saman AES? – DAP:┬áSetiausaha DAP Lim Guan Eng berkata rakyat yang berpendapatan rendah perlu membayar lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika sekiranya dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Kerajaan telah menyalurkan RM500 kepada golongan yang layak, namun mereka perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.

“Apa yang bagusnya jika kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan adanya 2 saman, sama seperti mereka mengambil semuanya dengan untung yang lebih,”

Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada 8 hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik dicatatkan serta sebanyak 170 juta saman dikeluarkan.

Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem tersebut dan menjadi tanggungjawab DAP bagi membangkitkannya.

“Adakah masyarakat marah sengan hal ini? Jika marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat Malaysia,”

Menurut Lim projek AES ini mendapat tentangan kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd serta Betap Tega Sdn Bhd mampu dapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar kelak.

“Sekiranya RM5 bilion dikutip pada setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi ini bakal untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat ke-2 serta RM350 juta pada peringkat ke-3.

“(Ini akan memberi pulangan) lumayan sebanyak RM700 juta bagi kerja setahun,”

Sementara itu, dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat Penyokong minggu lalu, penyokong kerajaan serta pembangkang juga sama-sama menyuarakan tentangan ke atas pelaksanaan AES ini.

MP DAP Kota Melaka, Sim Tong Him berkata kerajaan perlu mengubah had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju kini tidak seragam serta akan menjadikan ramai orang menjadi mangsa dengan pelaksanaan AES ini.

MP BN Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz pula berkata pelaksanaan sistem tersebut patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya ingin membuat duit. – Info Politik @ forblogger.net

One thought on “Apa Faedah BR1M Sekiranya Dapat Saman AES? – DAP


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65