Khairul Fahmi Che Mat atau Apek,23, selaku penjaga gol negara menafikan beliau telah menerima tawaran RM3 juta seperti yang telah digembar-gemburkan menerusi internet dan akhbar tabloid hari ini.
“Sejujurnya, saya sendiri terkejut selepas mendapat tahu tentang tawaran ini. Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul.
“Untuk menghormati pasukan Kelantan, lebih baik saya menutup mulut dan fokus dengan perlawanan peringkat akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada 20 Oktober ini.
“Saya pun baru saja membuka buku baru dengan pasukan Kelantan yang menjadi pintu rezeki utama buat saya. Maafkan saya kerana tidak boleh memberikan komen lebih tentang isu yang dibangkitkan ini,” jelasnya kepada wartawan.
![Khairul Fahmi [Apek] Nafi Terima RM3 Juta Khairul Fahmi [Apek] Nafi Terima RM3 Juta](http://www.forblogger.net/wp-content/uploads/2012/10/khairul-fahmi-ditawar-rm3j-sertai-pasukan-lain.jpg)

{ 2 trackbacks }