Arpan Saxena Bangga Memiliki 25 Jari

by MediaKini on 31 October, 2012

in Info Riadah

Share:

Arpan Saxena Bangga Memiliki 25 Jari: Seorang budak lelaki berusia 4 tahun menarik perhatian ramai orang apabila dia memiliki 25 jari. Arpan Saxena, yang berasal dari Bhopal, mengalami 2 kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan serta kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menakibatkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan serta 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal sewaktu gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar tersebut.

“Saya seronok apabila ramai orang melihat serta mengambil gambarnya. Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan kerana keadaan kaki ini menghalang saya berkasut”

Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca berkata, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu.

“Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak”

Ekoran satu kemalangan berlaku sewaktu Arpan berusia 2 tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’

Isteri Anil Tanu, 30, berkata dia yang enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan untuk membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan.

“Semua ibu bapa ingin dikenali kerana anak mereka, Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal serta kami ingin ia kekal begitu”

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan itu akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia.

Pemegang rekod dunia untuk jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. – Info Riadah @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: